Tuesday, December 6, 2011

Ceritanya...Part 13..

Salam semua blogger....dah tengah hari ni..hope semua dah lunch...
Lama dah tak update blog..sampai En Gembira ada bertanya...dah tak update blog lae ke....Jawapan dia..
M.....masa mencemburui  atau malas...atau memang takde masa nak bukak blog..sebab takde internet kat umah n keje nak dekat bis sekolah berlambak..huhuhu
So kesempatan cuti sekolah ni..sementara ada WifI di Rumah En Gembira...take time la nak update blog..since lepas kahwin dah terlepaskan nak kongsi mengenai cerita antara En Gembira dan Pn Sinaran..(thats me...Dhiya means Sinaran..)

So berbalik la pada ceritanya...kali ni nak kongsi saat indah bersama En Gembira ketika Honeymoon kali pertama..hehehe..
Alhamdulillah...kenduri kahwin kedua-dua belah pihak sudah pun selesai dan selamat .Ramai tetamu yang hadir n pada kenduri dya pon sama..Thanks a lot pada semua yang hadir..walaupun tak berkesempatan nak jumpe..so lepas ni kaloo g umah kawen kekawan dah tahu dah sebab apa kaloo kite tak sempat nak jumpe member kite yang jadik raja sehari tu..sibuk dengan persalinan la...nak berarak la..nak mik gambo la..jadik tumpuan whole day tu kan..tapi tu yg bestnye..indah sangat..jadik perhatian..hahahhaha...satu hari gile glamer (^o^)v

2 bulan sebelum majis pernikahan n kenduri dilangsungkan...En Gembira ada wat suggestion untuk pergi bercuti bersama..biasalah tu..org baru kahwin..mesti nak g Honeymoon nyer..n cadangan En Gembira ke Negeri di bawah bayu...ada gak la..sedikit masalah..masa nak merancang ni...dya mana tahu sangat tang2 nak bercuti sebab bile time cuti..destinasi utama adalah duk rumah sajer..so semua di rancang oleh En Gembira dan Pn Sinaran hanya tokok tambah sahaja..

Percutian bermula pertengahan bulan Mei..destinasi di Kota Kinabalu...first time naik kapal terbang....seronok dan teruja pon ye..En Gembira cool jerk..org dah biasa kan naik kapal terbang..Masa tu naik MAS..seronok jugakla..merasa kapal terbang naik..berada di awan dan apabila nak landing...En Gembira time naik turun tutup mata..coz dia kata pening..











So destinasi 1 dah sampai KK dengan selamatnya....alhamdulillah...hotel pon cantik..view depan laut gtu..pastu En Gembira bawak g Pasar Filipina...kat situ byk jual2 aksesori....tapi benda pertama di beli ada keropok..n semestinya keropok cincin dibeli..(^-^) buat buah tangan kat org kampung...jalan2 bawak sampai ke malam..makan dekat area2 situ gak..ikan bakar..tapi ikan bakar kat sini lae...dia takdenye nak rendam dengan apa2 rencah.bakar gtu jerk..boleh tahan gak la makan dia..
Hari kedua...yeah..snorkeling....3 pulau...1 Pulau Mamutik, 2 Pulau Manukan 3 Pulau Sapi..

best..1 st time snorkeling..teruja..n setiap pulau diya kutip batu karang kecik2..simpan lae..tapi luper dari pulau mana dya kutip..n pulau paling best sekali n view cantik pulau sapi...En Gembira pesan di pulau Sapi...mintak dya pakai kasut sebab situ karang banyak sangat...dia dah biasa..terel la tu...
dari jam 10 pagi sampai kol 6.ptg..lewat balik sebab bot tu sajerk wat2 lambat amik..walhal ada jerk kat situ tunggu..tak ke sengal namanya...huhuhuhu..
Malam2 keletihan..tapi sempat gak berjalan2 g makan pastu keesokkan harinya before nak balik Semenanjung barulah beli souvenier kat Pasar Filipina....byk gak la beli..n hari tu jugak balik ke semenanjung..En Gembira kata syok sangat pegi..dan nak g lg...tapi bile agaknya..huhuhu
Sekarang ni En gembira bz n tambah2 lae Pn Sinaran lak asik mabuk2 n pening....pernah ajak g bercuti dia kata Pening2 pon ada hati nak g..huhuhu..so diam2 jerla..dan harapan dapat g cuti lae...ye En Gembira...
dan disitulah ceritanya..........
                                           bermula.................

Tanda-tanda kehamilan...

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
  • Tidak Datang haid.
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  • Anda mungkin membenci makanan.
Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.
Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.
Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.
Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.
Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.
Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.
Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.
Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.

dipetik dari....http://www.asida.net/2006/11/03/tanda-tanda-hamil/ (tq...)untuk info bersama bagi bakal ibu..:D

Sunday, December 4, 2011

Keindahan Anugerah dari Ilahi...

Salam kepada semua blogger....
Alhamdulillah..cuti sekolah dah bermula.. dan  banyaklah aktiviti nak dijalankan..
dan alhamdulillah...sib baik cuti sekolah..

Nak dijadikan citer....seminggu sebelum cuti sekolah bermula...bermulalah satu lae kisah baru dan akan datang dalam hidup diya bersama insan tersayang...En Gembira..:D
Biasalah..kaloo seorang tu dinamakan wanita...tiap2 bulan mesti diberi cuti khas oleh ALLAH SWT..bak kata murid diya..ABC....ALLAH BAGI CUTI..hehehe
kebetulan bulan November...lambat pula datang..risau gak rasa di hati....tunggu je la..mungkin disebabkan perubahan atau something berkaitan dengan hormon wat ia datang lewat...n kerisauan terjawap pada hari jumaat..cube wat tester....
ALLAHUAKBAR....tanda dua jalur..kaloo pregnancy test tanda dua jalur maksudnya positif...tergamam gak dya dibuatnya...tepon mama dya...gtau..mama kata takper ..tunggu mama balik..n kebetulan...En Gembira balik petang tu
Sampailah waktu maghrib..en Gembira sampai dengan selamatnya di Masjid Tanah...tibe2 dia nampak satu benda atas meja solek..erk apa ni..
Pastu bukak n cek..erkk..ada dua jalur...erkk...positif ke..terdiam En gembira...lalu duduk kat tepi katil

" Nape abg??"
" jAP....tgh berfikir...erkk..dalam perut buchuk ada baby ke??"
"Tulah...ye kot..dah dpt resultnye..camner??"
"Alhamdulillah...rezeki...." Jawap suamiku dengan senyuman...

so dalam seminggu pas tau result...baru g jumpe doktor..n buat pertama kalinya..melihat Anugerah dari Ilahi dalam diri diya..baby sungguh kecik n comel..doktor kata..dalam pengiraan dia...baby dah 6 week 1 day....tak nampak apa2 lae..n nak pasti lae...tunggu 2 minggu lae...
2minggu pastu g cek kat doktor..n alhamdulillah..baby dah jadi segumpal daging..harap semuanya berjalan dengan lancar..
tgk tu..kantung baby...baby kecik lae...6 week....scan dekat Klinik Noor Shila..Alor Gajah Melaka...



Mengenai alahan...dya tak terlepas dari mengalaminya semua...bukan morning sickness..tapi evening sickness...bile nak masuk magrib jerkk...suhu badan naik..mula la rasa nak muntah..pening kepala..tgk lauk banyak2 wat rasa kembang jerk tekak ni...harap2 semuanya selamat..doakan untuk kami ye..amin...

Wednesday, October 12, 2011

Berjumpa lagi

Salam pada semua blogger....wah dah lama dah tak update blog..cakap dgn hubby (wah sekarang dah tukar status En Gembira ke Hubby ...huhuhu)..dah lama tak update blog..hubby pon cakap la nape tak update..

APABILA M DAH MENGUASAI...HUHUHUU....Semua tak ler jalan....tu dia betapa kuatnya penangan M..hehe

Alhamdulillah...buat maklumat semua followers(saper yg follow blog ni je ye), dah 5 bulan 18 hari dya telah selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan dengan insan yang sangat dya hormati dan segani serta sayangi....En Gembira dya (^0^)v. Diwalikan oleh ayah dya sendiri, my lovely Ayah, En Ab Wahid Daud di kediaman syurga dya sekeluarga jam 9.30 malam(rasanya tapi pas isyak) dihadapan semua sanak saudara dya n sebelah En Gembira...
Dengan dua kali lafaz(1st saksi tak dengar ayah cakap, hubby jawab lancar), alhamdulillah..semuanya selamat..tapi hubby....ayat kuar kat dia..ALRITE..hehehe.kuat lak tu..dahla ada rekod video..bile ulang balik..suara ALRITE dia jelas kedengaran..hehehe..bile cakap dgn dia..wat2 tak ngaku...yelah perasaan org tgh berdebar2 kan termasukla diya...fuhh..saat tu hanya ALLAH sahaja yg mengetahui...betapa risau, berdebar,takut ,gembira..semua adalaa...bak kata musketers ALL FOR ONE..ONE FOR ONE ONLY..HAHAHHA....


Kemudian selesai majlis akad nikah, adat di Melaka, ada sampai2 wasiat...tak ingat apa orang cakap..tapi time tu..mula dari En Gembira, kemudian ayah dya seterusnya ke mak dya sampai la ke dya...fuhh..saat ini,,sengat sedih..ayat dia tak boleh tahan tu..bergelinang air mata..kaloo tgk...aduh toya nyee muka...tapi semua alhamdulillah..ia berjalan lancar..



Malam tu..pas majlis akad nikah,disambung pula dengan majlis Malam berinai...pakai sanggul lintang...Mama dya kata..kene pakai semua..biar merasa..bukan nye selalu..sekali seumur hidup...n berarak la malam tu dengan percikan bunga api memecah sunyi malam kat kampung dya..malam berarak kat dewan ..ramai gak sedara mara yang datang...n paling terharu apabila anak murid dya sudi datang membuat persembahan silat gayung malam tu..Thanks Nazri n the gang..cikgu hargai sangat.
N malam tu semua berjalan dengan lancar..sempat la wat persalinan 2 pasang baju n habis jam 11.00 malam ..lebih kurang camtu..so...to be continued tomorrow..


Sunday, April 24, 2011

Ceritanyaa.....PART 12





Meja....OK
Kerusi...OK
Tingkap....Separa OK...
Papan Kenyataan......Separa OK.

Fuh..letih..nak mengemaskan kelas..sib baik beberapa murid 1K5, kelas dya sudi datang tolong..Cuaca panas..so dah letih kemas barang.mik kesempatan berehat jap kat bilik guru.. Sambil tu melihat masa..dah kol 10.30 pagi..nak balik ke tak..karang tak sempat.naya jerk..huhuhu.

Haaacoomm..
Haacoommm
Haacooomm
bunyi msg hp dya..hehehe..ringtone paling dya sukai..
Salam syg..maaf...saya nak gtau..hantaran famili saya dah tambah jadik 9...
OMG...jadik 9..maksudnya kene tambah lae..huhuhu..
so dgn segeranya call mama dya..camner ni..apa nak ditambahkan..nak tanak mak kata beli la makanan apa2 kak...bagi makanan jerk
time tu fikiran dah blur..nak wat camner erk..so tgk dari tingkap bilik guru..ok..Koperasi sekolah bukak lae..apa lae..dya pegi kat Koperasi..
Amikkan saya 4 tin air...so...tu dapatlaa jadikkan satu hantaran.. so dengan segera...masa pon dkt kol 11.00 pagi..sepantas mungkin terus menuju keluar mencari hantaran seterusnya..
.Misi ke pekan masjid tanah..



Alhamdulillah..bukak jugak supermarket kat sini..so belilah makanan yang diinginkan tuk buat hantaran.. sampai rumah...semua dah kemas..masuk bgi salam..dari jauh nenek tersenyum..maaf nek..lambat g sekolah..nenek kata g lah rehat .siap2. tibe2 datang lak mak n abah serta kak lang n famili..aik tak sangka...datang jugak..termasuk jugak kuarga acik..
masuk jerk bilik..terus meluru wat hantaran seterusnya..sib baik kak iparku ada..ada gaklah bagi idea nak touchup2..kaloo tak maunya tak sempat..blurr..huhuhuhuhu
dan akhirnya alhamdulillah..dapat juga menyiapkan 11 hantaran...semuanya hasil sendiri dgn kerjasama mama n kak iparku..(kecuali kek yang ditempah...lain semuanya design sendiri..hanya tuk yang tersayang.....ecehhh)

tepat jam 12.00....Nurul n mummy nyer datang umah...time tuk touchupkan muka...lama gak yerk make up...sambil2 bersiap..En Gembira mesj baru nak gerak dari Jasin...
En gembira: Awak..ni sya baru nak gerak ni...
Dya: ok..Ati2 yerk awak...semoga selamat sampai
En gembira: Baik awak.....
dan tepat jam 2.30ptg..dya dah siap didandan ...khas dari Nurul...cantik ...thanks Nurul..moga dapat berkat haritu..hihihi...
n tepat jam 3.00 petang.....ketibaan rombongan dari Jasin ke kediamanku..dalam bilik ditemani oleh mak2 sedara n kak Noi paling cute..hehehe..sian kak Noi..pagi tu baru tau dya nak tunang..maunya tak terkejut dia..sorie yerk kak noi..tak jadik nak wat surprise..hahahhaha dan perbincangan antara kedua belah pihak pon bermula...dan dya plak sembang dgn kak noi...tup2 dah baca doa..fuhh...pantasnya masa berlalu...
Selesai perbincangan..seperti adat melayu biasa..tibelah masa disarungkan cincin ke jari...berdebar???sudah tentu..
kemudian ,atok En Farkhan masuk bersama keluarganya....dari jauh atoknya dah memberi senyuman manis..hatiku still berdebar2.. jari manis dya disarungkan dengan cincin belah rotan..pilihan En Gembira...dan kepala dya dicium neneknya...time tu berdebar jugak la..seterusnya mak En Gembira pula menyarungkan cincin batu..pilihan diya..alhamdulillah..selesai dah sesi menyarung cincin...
Tetamu mula menjamu selera..dan dari luar diya nampak kelibat En Gembira...dari jauh dia melemparkan senyuman.....ada makna senyum tu. dan haritu..semuanya berjalan dengan lancar.



.alhamdulillah....8 Januari 2011...dya dah menjadi tunangan kepada En Gembira...dan dari situ... ceritanya bermulaa.........................................

Wednesday, April 20, 2011

Kad Jemputan


Tuesday, April 19, 2011

Something......