Wednesday, March 30, 2011

Kelebihan Senyum ..




1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


Senyum – Malique & Najwa

Senyum senyum senyum

Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit





Saturday, March 26, 2011

ceritanyaa...Part 8

Alhamdulillah.....segala perbincangan dengan ayah, semuanya berjalan lancar.dan langkah seterusnya adalah meneruskan langkah dya dengan en gembira.
So, malam itu, lepas bincang dengan ayah


Dya: Salam awak....camner...dah ready ke?ayah kata datangla..
En Gembira: Salam..yeke awak? so saya datangla masa yang kite bincang aritu. saya balik 25hb ni.malam tu ada gathering dengan family
Dya:.oh..ok..harap semuanya berjalan dengan lancar........
En Gembira: Amin........


Sepanjang kesyukuran pada ALLAH SWT..mengharapkan segala rancangan yang dirancangkan berjalan dengan jalan dan dipermudahkan..yelah, kita hanya merancang, Dia yang menentukanNya... v(^o^)v

Maka...tibalah pada harinya
26 Disember 2010...saat dan masa yang ditemukan..nak kata risau berdebar...up 10 kali ganda tak terkata kata..hehehhe....dan sentiasa memanjatkan doa padaNya mengharapkan ianya dipermudahkan dan berjalan lancar.
Jam 12.00 tengah hari..


En Gembira: Salam awak..saya on da way ni..
Dya: Salam..ok awak..ati2 ye..saya tunggu awak depan pintu rumah nanti..hehehhe
En Gembira: okies..

n perjalanan dari Jasin ke Masjid Tanah mengambil masa 1 jam..n sepanjang waktu tu..Dya resah menanti..hahah..asal erk..tak tahu naper..makan pon...tak makan lae..tunggu dia kot..hehehe. n nasib baik, ayah ada time tu...so harap semuanya brjalan lancar..

Dia tibe rumah tepat dalam kol 1.30pm.time tu ayah baru bis makan.n seperti yang dijanjikan..ketibaannya Dya sambut..Dari jauh,dia hadiahkan senyuman..senyuman gabranya..hehehe dan dari jauh..Dya dah dengar degupan jantungnyaa...dup dap dup dap..heheheh cuak la tu...
Setibanya dia di Teratak Indah Dya, kedatangannya di sambut baik..ayah tengah makan..n kebetulan time tu dia pon lom makan lae..sian..puasa dari malam tadi kot..tapi malam tadi dia dah makan ayam bakar...takkan ler lapo lae kan..hehehhe
n Dya dan mama teman dia makan...
Seperti biasa,dah makan, sesi orientasi bersama ayah dengan En Gembira di ruang tamu..seperti biasala...anak gadis dok dalam bilik..hehehhe..dari dalam bilik ada gak curik2 dengar tapi tak jelas...
then...dalam kol 3.00pm, dengar2 suara En Gembira nak balik..n mama panggil aku dalam bilik. Melihat raut wajah dia..senyum main lebar lae..aik....hehehhe..berubah dari muka time datang n time nak balik.
Ketika dia hendak balik, Dya menemaninya hingga ke ketanya bersama Aiman tembam...(pp dia tersangat tembam)


En Gembira: Awak..get ready erk..nanti saya bawak awak beli cincin.(sambil senyum sinis..perli kee??)
Dya: aik....lulus ker???
En Gembira: heheheh..nanti apa2 saya call awak yerk
Dya: Baik En Gembira..ati2..

dan..alhamdulillah..segalanyaa berjalan lancar..syukur ke hadrat Ilahi...semoga apa yang dirancangkan..antara Dya n En Gembira berjalan dengan lancar dan sempurna..
Dya pulak.ketika itu terasa sangat gembira...hadir dia sememangnyaa telah mengembirakan hati dya...(sama cam maksud nama dia tu...)
dan ketika ketanya berlalu pergi...hilang dari pandangan mata dya..dya pon mulakan langkah masuk ke dalam rumah...hehehe
dan ketika itu....ceritanyaaa pun bermulaa....

Monday, March 21, 2011

Kasih Sayang mengikut Bulan Lahir

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.



Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.





Sunday, March 20, 2011

Ceritanyaa.....PART 7




Tik Tok Tik Tok...
jam dah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.Dak kakak dah bangun dari tido..dah kusut masai..dari cun melecun disiapkan..
Mana Along ni..janji kol 11.00pagi..huhuhuhu
Tunggu punya tunggu....kete merah along sampai depan umah...
Kakak.....jom..so...sepantas kilat dya n dak kakak naik kete along...
Gara-gara jam tangan hitam legam diya dah ilang..ni nak cari baru la ni..huhuhu..sayang jam tu..ntah mana terletak..hilang lak kat johor.kat umah atok sedara time tumpang umah dia..huhuh..sayang betul..ni nak kene carik penggantinya balik..Duniaku tanpa jam bagaikan orang buta tiada tongkatnya (betulke ayat dya ni..hehehe,..hentam sajerk laa)


So evertyime g mana2 dgn along..mesti ada topik nak dibualkan..yez...Along sangat rapat dengan dya n Dya lak sangat manja dengan Along..cause dia Along diya satu satunya di dunia ni n dya sangat sayang n hormati Along (hehehe..thats true...termasuk abg2 dya yang lain..angah n alang pon paling dya sayang gak)..apa2 mesti mintak tolong Along n Along sedaya upaya dia menolong dya..n dya pon camtu gak..apa Along nak..dya akan tolong...tulah adik beradik bahagia..heheh n aritu punya topik...




Dya: Along..ok tak kalo kawan Intan nak datang jumpa ayah...kawan Intan yang datang time kenduri angah aritu..
Along: Bole..datangla...tapi dia dah ready ker? keje apa? kenal kat mana?

(
and soalan Along....semuanya seperti biasa akan ditanya oleh seorang Abang kepada adik perempuan dia..n jawapan dya terpaksa disulitkan ..hehehe...PnC yee..)

Dya:dia kata nak jumpa ayah time balik raya krismas nanti,...dia baya Angah..sejak kawan dengan dia ok jerk

Along: ..ok suruh la dia datang Mengadap ayah..

n perbualan dya dengan along disambung dengan topik2 lain..

so Along dah bagi kelulusan....tidak ketinggalan..semua adik beradik dya, Dya tanya..termasuk, Angah ,Alang n Adik..n Mama jugak...before dya gtau Ayah..heheh...dya wat ikut prosedur..kene tanya pihak bawah dahulu n baru tanya Big Bos..barulah dapat kata sepakat n semua tahu akan sape yang datang rumah dya satu hari nanti..
Time tanya mama..alhamdulillah semuanya jalan lancar..semua tentang dia , dya citer kat mama..yelah..kat umah ni..hanya diya jerk kawan Mama..dengan dak Kakak..jadik kawan gaduh n kawan bermanja jerk
bagi mama....Mama ikut sajerk keputusan ayah...mama tengok dia ok jerk...tapi apa2 pun. mama ikut ayah.


Mama memang sporting..tapi kenelah tempatnya dia sporting..laepon mama la orang pertama jumpa dia time hari raya aritu.n harap mama pon ok dengannyaa..Kata mama..mama tengok dia ok...adalaa ..........(dirahsiakan sebab kaloo si dia baca..dia terperasan nanti..susah..hehehhe)

Seperti Anak perempuan yang lain..semestinya akan berasa gementar n gabra atau memacam perasaan laa bile ingin menyatakan pada ayah,,seorang teruna atau jejaka kenalannya..atau paling syok sekali...Buah hati... v(^o^)v nak datang mengadap dengan ayah..mesti pelbagai seribu satu soalan akan tertanya tanya dalam hati..(tak tau la kaloo orang lain cam ner..tapi dya....fuuuhh.....hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa risau sangat di hati ini....n sentiasa berdoa padaNya, minta permudahkan segala urusan dya...)


Nak tanya ayah..beberapa malam n hari dya kumpul idea nak cakap..n En Gembira selalu tanya...dah tanya ayah awak ke belum..n jawapan dya..masih lae menanti saatnya..huhuhuhu

dan tiba pada harinya...

Time tu ayah suruh urut kepala dia...sian ayah..penat menoreh..lepas kemas meja makan..ayah panggil..suruh sikat rambut..n sepantas kilat g kat ayah (ceh ayat cam membodek la plak..hehehhehe...tapi biasa jerk)

Dya : Ayah...ada kawan akak yang datang aritu time kenduri angah nak datang jumpa ayah hujung minggu ni..bole tak?
Ayah :............................................
(Aduhai..ayah diam ni.......risaunyaaa)
Ayah: erm..dia keje kat mana..dok mana..asal mana

Dya: (aik...ayah cam tauDia keje kat _ _ _ ...orang jasin yah..tapi duk selayang..dekat dengan umah atok cik tu..
Ayah: dia dah sedia ke nak jumpa ayah
Dya: Dah rasanya...dia nak datang ujung minggu ni..
Ayah:erm...datanglaa..kalao ayah ada,,

ALHAMDULILLAHHH......................ALLAH SWT sememangnya telah mempermudahkan urusan dya..n sangat bersyukur..berharap apa yang dya rancang dengan En Gembira berjalan dengan lancar...berharap sangat..
n selepas dapat
Green light dari ayah...semua perancangan n temu janji di atur...kali ni..dya berharap sangat agar dipermudahkan lae...n
dari situlah ceritanya bermulaaa......

Thursday, March 17, 2011

Tanjung Bidara...lon chan

Cuti sekolah pertengahan penggal pertama Tahun 2011 ini dah nak sampai ke ujungnya..n masa pon cepat berlalu tanpa disedari...Inilah putaran kehidupan, yang adakalanya kita merasakan masa terlalu lambat dan tanpa diduga,masa berlalu begitu pantas sekali. Bagaikan semalam baru sahaja bermula cuti.

Cuti sekolah, bagi dya tiada bezanya. Duduk di rumah, dan pergi ke sekolah menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh..tapi lepas ni, pasti nya dah berbeza.hehe..dah ada peneman.so kene temankan si dia..(Insya ALLAH)

Destinasi mana cuti sekolah ni??Dya?? tiada ke mana.Rumah tengah renovate.so jadik suri rumah yang berjaya..perghh

Kalau dulu, time cuti sekolah.mesti pergi satu tempat yang tidak asing lagi.Mandi manda di tepi pantai..syoknya. Kampung dya.,alhamdulillah,dekat dengan pantai. Kiranya takde la berjam-jam nak ke tepi pantai atau kene merentasi beberapa daerah atau pekan. Dulu time kecik2 dulu, ayah selalu bawak g mandi pantai dengan adik beradik dya. Seronok Tak Hingat..hahaha..sampai hitam2 badan di buatnya..Time tu kecik lae..mana geti nak pakai sun block..sekarang ni, memacam losen nak carik sun block..elak itam..hahahah..sampailah si dia tolong temankan carik sun block tuk dya.(macih..tapi tak pakai lae pon)
Kat Kampung dya..tempat best, either Pengkalan Balak or Tanjung Bidara.

.ahaaa.....cakap pasl Tanjung Bidara..hehehe.satu kenangan paling indah bagi dya. di sinilah dya mengenalinya..bertentang mata dengannya..curik2 mik gambo dia..(dahtu dia perasan lak...alahai terkantoi).n minuman pertama..dia air kelapa ..n dya air Lon Chan (tak tahu ejaan tol ke salah)..n stat dari aritu..dia asik usik dya jerk...jom kita g minum Lon Chan..tapi dia minumnye idak...suruh kita minum lak.hehehe

pepon thanks yee..belanjakan dya minum air Lon Chan..nanti boleh belanja lae..hehehhehe..bolehkannnnnnn.....................

Wednesday, March 16, 2011

ceritanyaa...Part 6

Tik Tok Tik Tok....
Masa berjalan..tanpa kite sedari ..n ceritanyaa masih lagi diceritakan..antara dya dgn dia..
Pertemuan pertama...Alhamdulillah..semua berjalan lancar..tapi yg lainnya..suppose berjumpa dengan ayah..tapi jumpa kawan dulu..n akhirnya..sampai juga dia ke teratak Indah milik keluarga diya..
Pertemuan dengan mama..alhamdulillah..berjalan dengan lancar..tapi yang kelakarnya..dia tegur langsir mama..hahahha...bile di tanya..dia kata dah takde topik nak tanya..n nampak pelik pada langsir mama..(Langsir barulah katakan)..pertemuan dgn mama dya..kire ok la..buat Fasa Pertama..katanya

So masa still lae berjalan...n tanpa sedar..dah baper hari berkawan dgn dia...jarak yang memisahkan..n yang menghubungkan kami hanya telefon, emel (either at gmail or FB) atau chating ataupon SMS....tapi biasalah....ada pasang surutnya jugak..kejadian alam n semuanya dapat diselesaikan dengan baik (alhamdulillah ada hikmahnya)

Raya tahun lepas berjalan lancar..Plan untuk berjumpa..dapat menjadi kenyataan..n pada masa tu jugak..buat pertama kali dya bertemu, bertentang mata dgn En Gembira..ermm not bad orangnya..bole la...n hari pertama lae dah diuji tuk jalan jauh...tapi dya ok jerk..dah biasa berjalan jauh (ceh...riak plak).

Pepon..pada En Gembira..nice to see u,know u n _ _ _ _ u....hehehehe..thanks for everthing...

Dia di KL..diya di Melaka...n pertemuan seterusnya dirancang..
Kenduri Angah dya pada 4 Disember 2011.Hajat hati ingin menjemputnya sekeluarga lalu di sampaikan hajat pada angah n mama..semua bagi green light..paling best mama cakap...jemputlah mak dia..wow..ni sudah baik..hehehhe.so

Dya...Salam en Gembira..watper tu
En Gembira: tgh berangan
Dya: Wah..bagusnya..berangan tu..susah nak berangan..hehe..Awak..nak mintak alamat umah awak boleh..nak hantar something kat awak
En Gembira: Awak nak post awak ke..
Dya: a'a la..awak nak kee..
En Gembira: hahahaah...

n pertemuan seterusnya ..time kenduri angah..semua(ayah, along,angah,akak iparku,alang, adik.,mama, acek,nenek) diperkenalkan dgn dia sekeluarga..n pada hari tu juga..ayah dya melihat dia...ayah pandang jerk dia..dalam hatiku..Ya Allah..permudahkanlah segala urusan hambamu ini..
pada hari tu juga semua berjalan lancar..sempat jugak Acek (adik mama) bergurau dgn dia..Jangan tak jadik plak..aik apa tak jadik tu..
Padanya..terima kasih sudi hadir pada haritu..sangat2 menghargainya..hope antara kite berjalan lancar...
dan begitulah serba sedikit ceritanyaa.....

Sunday, March 13, 2011

Ceritanyaa....Part 5

Alhamdulillah......sebulan bulan puasa hampir berlalu n umat Islam akan menyambut Syawal pada 20 September 2010..n raya tahun ni juga..satu janji yang telah dikatakan insya ALLAH akan dilaksanakan....debaran demi debaran...huhu...n hopefully semuanya berjalan dengan lancar..
Tibanya pagi raya..seperti biasa...ayah.along, angah .alang n adik g tunaikan solat sunat Aidil fitri n dya di rumah bersama mama mengemas rumah n buat apa yang patut..dah lama tak solat sunat aidilfitri..tapi tahun ni tak dpt juga..sebab mama tak berapa sehat..insya ALLAH tahun depan nak g tunaikan solat sunat Aidil Fitri bersama si dia... v(^o^)v (erheemm)
so as usuall...ucapan selamat hari raya sentiasa masuk dlm inbx tepon..n mesej dari dia..tu yg penting...lama gak nak tunggu msg dia..yelah orang bz kan..mesti sbok agaknya..
so masa di forwardkan ke raya ke 3..satu perjanjian akan dimetraikan..hahahah..
malam sebelumnya


Dya: ye en..sok awak jadik tak nak dtg raya umah saya
en: jadikla..seperti yang kite rancangkan...ok?
Dya: ok...tapi saya nak g open house akak kat sekolah saya dulu..bole?
En: bole je..

Soknya...seperti yang dirancang..masa dan tempat dijanjikan...kol 12.30pm..(janji kol 11.00am)
lewat disebabkan nenek n makcik dtg beraya..so terpaksalaa didelaykan.
Jam menunjukkan kol 12.30pm.


En: Salam..awak katner?
DyA: Saya baru nak kuar ni..tadi nenek dtg.awak katner
En: saya baru sampai sungai Udang..nak masuk Masjid Tanah ni
Dya: ok..nnt awak tunggu saya kat ..........
eN: Alritee...

so..tepat jam 12.30pm...maka bertemulah dua insan yang telah berjanji untuk bertemu...lebih dari sebulan.
bile jumpe..hati berdebar2..aduhai..gerun2...
then berjumpala..btentang 4 mata..
n ingat lae dia kata..
Jangan kalut2..dahtu..dia ketawakan kite pulak..aduh..malunya..1st time jumpe..dah dpt gelaran...
apa2 pon ,.tulah dya..sememamgnyaa orangnya kalut(not everytime)..
dan..disitulah..ceritanya bermulaa.

Friday, March 11, 2011

Apa Artinya Cinta.....Melly

Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat

Ada cinta yang tersirat
Sirami hati merebak

Barangkali aku salah

Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti

Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/melly_goeslaw/apa_artinya_cinta.html ]
Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Arti cinta ini sudah menelan waktuku

Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Biar saja waktu nanti

Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum juga kah kau menyadarinya

Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/melly_goeslaw/#share






Wednesday, March 9, 2011

CINTA, KASIH dan SAYANG

selalu yg terjadi....

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat
macam mana?


tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.
K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman
S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa
H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti


dialog ringkas:
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon..!

ermmm



Tuesday, March 8, 2011

Ceritanyaa.....PART 4



Hari itu, 13 Ogos 2010.....masih lagi di bulan yang penuh dengan dugaan dan cabaran n sepanjang bulan puasa ini juga, dya di'temuduga' oleh En Gembira dengan satu persatu soalan dinyatakan..perghh..kalah CSI tau...investigate dia...Num 1..hehehhehe..(jgn marah sayang..gurau jerk) so petang tu baru balik dari sekolah.yelah walaupon bulan puasa..still balik lewat..sekolah menengah banyak keje..dgn kelas SPM nyer lae. lepas lipat kain baju..then berehat depan..lunjur2kan badan sambil berbalas msg dgn En Gembira.. baru jerk nak baringkan badan..1 mesej diterima(kat HP gune bahasa Malaysia, semangat patriotisme katakan...) [time: 3.45pm]
En: Awak..secara officiallynya saya jadikan awak special girlfriend saya...apa kata awak
Me: Eh..awak ..biar betul..kite baru jerk kawan awak
En: betul la ni..tak tipu2.saya ni tak tahu malu kan..so camner?
Me:ermm....



Aiseh...biar betul en Gembira ni..membuatkan dya tol2 terkejut....sampai gtu sekali permintaan dia...tergamam tu ada..dan akhirnyaa...membalas balas msg..dya pon tertido..hahahhaha..tak romantik langsung aku ni...dan pada masa yang sama..hati pon tertanya tanya..apa niat dia sebenarnya???belum lae berjumpa..tapi dia sudah nyatakan hasratnya...takut jugak..yelah sekarang ni dunia makin maju,melaka maju....rakyatnya pon maju gak la.tapi dlm hati berbisik...niat dia ikhlas dan tulus..tgk caranya bercakap..tgk gambo dia...n paling best...member perempuannya pon ada katakan pada dya...siapa en gembira sebenarnya..dasat..tak penah dlm hidup dya..kawan perempuan pada seorang lelaki add dya jadik kawan..susah tau nak jumpe..kawan perempuan perkenalkan dia dgn kawan baik dia,,apatah lae tak sejantina atau tak semuhrim..n Kata Akak F:
dia baik orangya...akak dah lama kawan dgn dia.n tak sangka dia bertemu dengan dya..baguslah..laepon dah lama a_ _ _ _ takde kawan perempuan...
hatiku berkata..yekeeee...

Alhamdulillah..itu semuanya.kuasa ALLAH SWT,dya diperkenalkan dengan insan sepertinya n mengenalinya...syukur sangat ke hadrat Ilahi..dia lain daripada yang lain n dia sangat istimewa bagi dya..sehinggalah kini...
dan berharap sampai bila bila.... (Jawapan bagi mesej dia tu....biarlah hanya dia n dya sahaja tahu.... v(^o^)v ) dan ...begitulah... ceritanyaaaa bermulaa...........

Monday, March 7, 2011

hari ini.........


7 Mac ...1981
Lahirlah seorang insan di negeri bersejarah.
seorang Insan yang bakal menggegarkan dunia
dengan kaki setapak demi setapak mengorak langkah..
dengan bibir seungkap kata mengatur bicara...
dengan mata memandang melihat panorama dunia...

dirinya...hanya insan biasa
lahir di muka Bumi ALLAH SWT
menyambung warisan keluargaa...
siapa sangka siapa menduga..
mengenali dirinya..
hati tertawan terpikat dengannya

kepadaMu Ya ALLAH ,, daku meminta
secebis doa buat dirinya
semoga dia diberkatiMu selamanya..
menjadi HambaMu yang patuh dan taat setia...
menunaikan perintahMu dengan keikhlasan hatinya...
agar dirinya sentiasa dimurahkan rezeki
dan dilindungi setiap masa...

pada dirimu...
ingin ku pinta
agar menerima diriku seadanya...
sayangku ini hanya pada mu sahaja
semoga ALLAH SWT memberkati kasih kita selamanyaa..

Selamat Ulangtahun kelahiran...buat sayangku..insan yang teristimewa..

Sunday, March 6, 2011

Ceritanyaa.....PART 3

Hari itu.....10 Ogos 2010...sampai dari rumah..letih lepas g Meting kat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka mengenai data Opmen.
Diforwardkan ke jam 9.00 malam. mendengar pengumuman bulan puasa tahun ini..
Dengan ini diumumkan...tarikh permulaan puasa adalah pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan 1431H...
alhamdulillah.,...bermulalah bulan ramadhan tahun ini.Hp berbunyik msg..erm..dari en gembira.wish selamat berpuasa..
well..thanks en gembira..sok Melaka cuti..Selangor kerja kan..selamatlaa awak berkerja di awal ramadhan ini..then en gembira dengan nada jeles kata..bestla dapt cuti.saya kene kerja.huhuhu (Actually en gembira pada awalnya suka membahasakan diri I n U..tpi entah..mulut tak biasa laa nak ungkapkan tu..cam omputih, terasa manja bile kata saya n awak..dya n awak..manjakan.)
Sepanjang bulan Ramadhan tahun 1431H ini, seawal 4.30 pagi atau 4.00pagi(tu paling awal) telefon akan dicapai n mula mendial en Gembira.....tuutt..tutt

Me: Salam en Gembira........
En G: erm.........(nada ntah sedar ke idak)
Me: Semekom.....tido lae ker
En G: erm....dah...bagunn dan ni
Me: bangun sahur..dah pukul 4.30 nih..nanti terbabas...siyan awak nant
En G: ok..terima kasih kejutkan...selamat bersahur
Me: ok..semekom...
En G: wassalam

Tiap tiap awal pagi..sebelum subuh.pasti En Gembira atau dya akan mengejutkan untuk bangun sahur..so sepanjang ini jugakla...akan sentiasa bangun pagi nak sahur.terima kasih ye En Gembira..kejutkan dya bangun sahur...tapi ratanya dya selalu kejutkan en G bersahur..hehehhe
n dalam bulan puasa ini jugalah...banyak perkara menarik berlaku
dan......dibulan ini jugalah

Ceritanyaaaa bermulaa.a...............

CINTA

Ada banyak definisi cinta. Ada banyak jenis cinta. Ada banyak bahagian cinta. Pendek kata, selagi namanya manusia, cinta itu banyak persepsinya:)

C.I.N.T.A= commitment-intuitive-nature-top-altruistic


1) Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2) Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3) Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul :) Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4) Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.



5) Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....
--------------------

Puncak cinta sebenar. Saya sendiri amat yakin, ia ada pada Tuhan, kembali dan datang dari Tuhan. Tiada yang lain.


Kerna cinta yang Tuhan taburkan, saya sambutnya dan mengikat ukhuwah dengan semua yang lain. Pada keluarga, adik-adik, sahabat dan guru-guru. Ianya cinta yang amat agung. Cinta yang ditaburkan Tuhan dari langit tinggi ke dunia.

Bila segalanya kerna Allah, ikhlas itu utama. Bila cinta kerna Allah, susah senang kita redha. Bila cinta untuk Allah, kita usahakan menurut apa yang Allah perintah. Dia cinta utama. Bila DIA yang utama, segalanya kan berhikmah, dipimpin dan dipantau sentiasa, insyaAllah.

Saturday, March 5, 2011

Ceritanyaa.....PART 2

Dah lama tak datang KL...tapi hari tu, 8 Julai 2010 dapat gak berjalan2 di KL, kampung halaman dahulu. Kali ini g kat Chow Kit, along dya ada konvokesyen tuk pembelajaran Hemopaty dia..so dya, ayah , mak, along n tak ketinggalan budak kenit, dak Kakak dok tido kat hotel di City Villa ,Chow Kit. sesak Chow Kit....hanya orang KL jerk tahu..(sememangnyaa padat..n hampir nak berlanggor2 kete)...
dalam perjalanan...sampai KL, msg dari handphone,,,(tika tu pakai n95) bunyi...saper lak msg kali ni...diberikan salam perkenalan..n hati tertanya..saper lak nom pelik ni..sebab memang tak suka n tak melayan nom2 pelik. tapi disebabkan ayat dia cam kawan2 lama msg..so balaslah msg nom yang takde disimpan namanyaa dalam sim kad..bile ditanya sape...dijawabnya orang nama khan..aiksehhh...takkan si dia..punya lama dia dapat nom..hari tu agaknya baru tergerak hati dia menghantar msg...mimpikah dia???heheheh..
Yang bestnyaa..dia ada di Melaka..yang dya pulak ada di KL...dua2 cam berjanji nak tukar2 negeri masing masing..cewahhh..dia balik Melaka coz couzen dia tunang n dya di KL atas tujuan seperti di atas...msg hanya pendek jerk..sebab tak berapa kenal sangatkan..so..di akhir msg..dia nyatakan nak call malam nanti..boleh tu memang boleh..tapi line tak clear..bukan sebab line tepon kat KL tu seolah di hulu...tapi segan laa..nak borak2 with someone stranger dpn mak ayah (anak baik laa katakan)..heheh..tapi nak tanak...katakan ye jerk..coz nak dengar suara dia..adakah semerdu shah rukh khan,,or salman khan...or ......jeng jeng jeng (jgn marah yee sayang).
Masa di forwardkan terus ke jam 11.00 malam..after dinner with family kat restoran bawah hotel City Villa..masing2 dah ngantuk..pas tidorkan umairah...sejuk tido dlm bilik berecon tak ler control tu...lagu Nelly (na na na na na na...) berkumandang (ayat cam karangan lak..hahahhA)
alamak..saper lak call memalam ni..n nom pagi tadi..angkat diberi salam


Stranger : Assalamualaikum
Me: waalaikummusalam (suara berbisik takut mama dengar sambil muka ditutup dengan bantal..pergh cover baik punye)
Stranger (S): aik..dah tido ker
Me: belum lae
s: asal suara cam baru bangun tido...takpala u tido dulu
m: takper boleh je cakap..tapi tak clear sangat sebab tido sebelah mak
s: anak mak ye..aik..tido lae bawah ketiak mak ke
m: aish...asal..jeles ker...dah terbiasa tido bawah ketiak mak....nak wat camner...anok mak..
s: yelah anak mak.takpela..u tido dulu la..lain kali i call balik ye
m:.........................................
(perbualan tepon ini ada citernya disulitkan atas tujuan2 tertentu...cehh,..)

s: ok..selamat malam
m: assalamualaikum
s:waalaikumussalam...the end

perbualan tepon tadi adalaaa dalam 15 minit..mana taknya..suara berbisik..nak kuarkan suara pon tak ler..so cakap pon terpaksalah dalam kelambu
ermm..not bad suara dia..lunak tu adala..tapi cam budak2 pon ye gak.hahahha..ngata orang anak manja..dia pon sama gak....

dan saat itu...

kami pon mulalah menghubungi.....antara satu sama lain....
dan di situlah

ceritanyaa bermula..................................

Friday, March 4, 2011

Hati dan Perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta an
da bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis
Wallahu A'lam.

Lelaki perlu tahu, Perempuan juga perlu tahu


Lelaki perlu tahu yang perempuan:

  1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
  4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
  6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
  7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
  8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukanmenghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
  6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
  12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
  14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
  16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!



Ceritanyaa.....PART 1

Letihnyaaa.........fuuhh
sementara nak tunggu jam 7.00 malam, 4 Ogos 2010....lepak sebentar depan komputer..sambil melihat keletah umairah bermain didepan. Seperti biasa, membuka Facebook, laman web tika ini sangat popular, untuk berkomunikasi dan berkongsi idea. Menunggu dia loading..then ternampak 1 mesej baru masuk.erm..hati tertanya tanya, saper yang mesej ni..Tengok tajuk, ROCK KAPAK..aisehh..saper lak rock kapak ni. Buka msg, then ketawa sendirian...hahahah..dia baca profile laa...sememangnyaa kat profile tu tulis minat S.O.A.D and Mettalica(masih lae bermental laaee).lagunya boleh tahan..mana taknyaa..dah semuanya my siblings pasang lagu tu..akhirnya terlayan gak..huhuhu...
then balas..yeke..layan jerk...


dan........

bermula di situlah...

ceritanyaa bermula
..

.

Thursday, March 3, 2011

Si BuDaAakk CoMeLL...

Eh.....comellnyaaa..anak sapee laa ni...
Amboi..bijanknyaaa diaa..kecik2 dah pandai....
Alaaa laaa...ciutnyee dia
eeee....Geramm....pipi dia tembam.....cam citer Ochin..
Taaa...teehhh...taaa..tehhh....

Itu diantara kata-kata yang jika diimbas kembali...30 tahun yang lalu...dan 27 tahun yang lalu....pasti kite ketawa sendirian mengenangkan ayat2 yang sering di ungkap kepada bayi atau budak kecil..dan saper sangka...bile dah besar....dua insan yang dulu merupakan baby paling comel (terutama baju merah tu) bersua dan menyimpan satu perasaan antara satu sama lain....
Semoga ALLAH S.W.T sentiasa memberkati hubungan yang terjalin dari dua insan yang kerdil di muka bumi ALLLAH SWT ini....amin............

Wednesday, March 2, 2011

Tips Doa Untuk Kekasih

Tips Doa Untuk Kekasih



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…Satukanlah hatinya dengan hatiku…Titipkanlah kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…Seringkanlah kami melayari hidup ini…Ketepian yang sejahtera dan abadi…Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku…Bawalah dia jauh daripada pandanganku…Luputkanlah dia dari ingatanku…Dan perliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…Berikanlah aku kekuatan…Menolak bayangannya jauh ke dada langit…Hilang bersama senja yang merah…Agarku sentiasa tenang…Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkanAdalah yang terbaik untukku…Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan akhirat…Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…Jangan Engkau biarkan aku sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat…Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…Ke jalan yang Engkau redhai…Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.



tujukan pada yang tersayang....

Tuesday, March 1, 2011

Hargailah sebelum terlambat

Teringat kembali 18 Ogos 2010, membuka emel di Facebook...tengok ada emel di inbox dari seseorang ketika itu insan yang sangat gembira....hehehehe...Mulanya tak dapat baca n lihat..bile ditanya..barulah faham apa yang diertikan.memang ramai dah post cerita ini...sangat sweet n menarik untuk kita fahami....so berpegang pada kata En Gembira...hargailah sebelum terlambat......enjoyzzzz

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyibegini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam manajuga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yangmenggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


p/s: terima kasih sayang....

43 Pantang Larang Bakal Pengantin

Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya. Blog ini terdapat 43 pantang larang untuk bakal pengantin lelaki and perempuan.

1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
2. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
3. Elakkan minum air berkarbonat kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
4. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
5. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
6. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
7. Amalkan makan telur ayam kampung 2 kali seminggu yang dicampur madu dan ada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
8. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
9. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
10. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
11. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
12. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.
13. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
14. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
15. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
16. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
17. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.
18. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
19. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.
20. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
21. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
22. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
23. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
24. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut di santau oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.
25. Jangan tidur di rumah orang kerana takut terkena ilmu yang tidak baik. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
28. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
29. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai atau kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
30. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak mengalir.
31. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
32. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
33. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
34. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
35. elajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.
37. Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang lain.
38. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan.
39. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
40. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah mengalami gangguan emosi.
41. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
42. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
43. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

Percaya atau tidak terpulanglah kepada anda. Namun setiap pantang larang orang dulu-dulu pastinya ada hikmah dan kebenarannya.