Sunday, April 24, 2011

Ceritanyaa.....PART 12





Meja....OK
Kerusi...OK
Tingkap....Separa OK...
Papan Kenyataan......Separa OK.

Fuh..letih..nak mengemaskan kelas..sib baik beberapa murid 1K5, kelas dya sudi datang tolong..Cuaca panas..so dah letih kemas barang.mik kesempatan berehat jap kat bilik guru.. Sambil tu melihat masa..dah kol 10.30 pagi..nak balik ke tak..karang tak sempat.naya jerk..huhuhu.

Haaacoomm..
Haacoommm
Haacooomm
bunyi msg hp dya..hehehe..ringtone paling dya sukai..
Salam syg..maaf...saya nak gtau..hantaran famili saya dah tambah jadik 9...
OMG...jadik 9..maksudnya kene tambah lae..huhuhu..
so dgn segeranya call mama dya..camner ni..apa nak ditambahkan..nak tanak mak kata beli la makanan apa2 kak...bagi makanan jerk
time tu fikiran dah blur..nak wat camner erk..so tgk dari tingkap bilik guru..ok..Koperasi sekolah bukak lae..apa lae..dya pegi kat Koperasi..
Amikkan saya 4 tin air...so...tu dapatlaa jadikkan satu hantaran.. so dengan segera...masa pon dkt kol 11.00 pagi..sepantas mungkin terus menuju keluar mencari hantaran seterusnya..
.Misi ke pekan masjid tanah..



Alhamdulillah..bukak jugak supermarket kat sini..so belilah makanan yang diinginkan tuk buat hantaran.. sampai rumah...semua dah kemas..masuk bgi salam..dari jauh nenek tersenyum..maaf nek..lambat g sekolah..nenek kata g lah rehat .siap2. tibe2 datang lak mak n abah serta kak lang n famili..aik tak sangka...datang jugak..termasuk jugak kuarga acik..
masuk jerk bilik..terus meluru wat hantaran seterusnya..sib baik kak iparku ada..ada gaklah bagi idea nak touchup2..kaloo tak maunya tak sempat..blurr..huhuhuhuhu
dan akhirnya alhamdulillah..dapat juga menyiapkan 11 hantaran...semuanya hasil sendiri dgn kerjasama mama n kak iparku..(kecuali kek yang ditempah...lain semuanya design sendiri..hanya tuk yang tersayang.....ecehhh)

tepat jam 12.00....Nurul n mummy nyer datang umah...time tuk touchupkan muka...lama gak yerk make up...sambil2 bersiap..En Gembira mesj baru nak gerak dari Jasin...
En gembira: Awak..ni sya baru nak gerak ni...
Dya: ok..Ati2 yerk awak...semoga selamat sampai
En gembira: Baik awak.....
dan tepat jam 2.30ptg..dya dah siap didandan ...khas dari Nurul...cantik ...thanks Nurul..moga dapat berkat haritu..hihihi...
n tepat jam 3.00 petang.....ketibaan rombongan dari Jasin ke kediamanku..dalam bilik ditemani oleh mak2 sedara n kak Noi paling cute..hehehe..sian kak Noi..pagi tu baru tau dya nak tunang..maunya tak terkejut dia..sorie yerk kak noi..tak jadik nak wat surprise..hahahhaha dan perbincangan antara kedua belah pihak pon bermula...dan dya plak sembang dgn kak noi...tup2 dah baca doa..fuhh...pantasnya masa berlalu...
Selesai perbincangan..seperti adat melayu biasa..tibelah masa disarungkan cincin ke jari...berdebar???sudah tentu..
kemudian ,atok En Farkhan masuk bersama keluarganya....dari jauh atoknya dah memberi senyuman manis..hatiku still berdebar2.. jari manis dya disarungkan dengan cincin belah rotan..pilihan En Gembira...dan kepala dya dicium neneknya...time tu berdebar jugak la..seterusnya mak En Gembira pula menyarungkan cincin batu..pilihan diya..alhamdulillah..selesai dah sesi menyarung cincin...
Tetamu mula menjamu selera..dan dari luar diya nampak kelibat En Gembira...dari jauh dia melemparkan senyuman.....ada makna senyum tu. dan haritu..semuanya berjalan dengan lancar.



.alhamdulillah....8 Januari 2011...dya dah menjadi tunangan kepada En Gembira...dan dari situ... ceritanya bermulaa.........................................

Wednesday, April 20, 2011

Kad Jemputan


Tuesday, April 19, 2011

Something......

Wednesday, April 13, 2011

Bunga dan Personaliti

Bunga tanjung putih berseri

Kembang jelita harum baunya

Gagah sungguh pohonmu berdiri

Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci

Idaman dara gadis rupawan


Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang ‘closest to the message’ yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna

Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta


Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran

Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda

Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan sumber aspirasi

Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud disebalik Warna Bunga Ros’

Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang

Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland

Tips dan panduan untuk memilih bunga secara langsung menyampaikan mesej tertentu boleh memberikan impak dan kelainan bagi sesebuah gubahan dan susunan dalam sesebuah majlis. Diharap dapat membantu anda. Pemilihan bunga – bungaan juga tertakluk kepada musim-musim tertentu. Walau bagaimanapun kebanyakkan bunga yang tersenarai boleh didapati dalam empat musim berbeza.


p/s:agaknyaa bilaa lah dapat bunga ye..ermm.....


Sunday, April 10, 2011

Ceritanyaa.....PART 11

Apakah makna disebalik pemberian cincin si dia untuk kita..atau erti kata lain.. daripada seorang teruna kepada seorang dara??Mungkinkah ianyaa kerana


Makna 1: Aku akan selalu mempercayaimu

Makna 2: Hanya dirimu satu-satunya yang aku cintai

Makna 3: Aku akan menjaga semua rahasiamu

Makna 4: Aku mencintaimu

Makna 5: Kau adalah sahabat terbaikku

Makna 6: Aku mungkin ingin menikahimu, namun cincin ini aku berikan hanya sekedar hadiah, aku belum siap untuk melanjutkan ke jenjang yang lebih jauh lagi

Makna 7: Aku akan selalu ada di sampingmu

Makna 8: Aku akan menggantinya dengan cincin berlian suatu saat nanti

Makna 9: Ini adalah bukti cintaku kepadamu

Makna 10: Aku ingin semua orang tahu kamu adalah milikku

Makna 11: Jika aku tak memberimu cincin, apa kata teman-teman kita nanti, aku akan malu tak sanggup membelikan cincin berlian untukmu

Makna 12: Menikahlah denganku

Makna 13: Hanya denganmu aku ingin menghabiskan seluruh hidupku

Makna 14: Yang penting ini tanda kita sudah menikah

Makna yang mana yang paling Anda inginkan? Semoga makna cincin yang terbaik yang Anda dapatkan.

Makna cincin tu Dya terbaca dalam artikel ini
http://ceritacincin.blogspot.com/2010/04/14-makna-di-balik-cincin-anda.html


Tapi bagi dya..masih ingat lae..hari itu. Selepas janji termetrai antara Keluarga Dya n Keluarga En Gembira.. maka hari ditetapkan untuk membeli satu adat Melayu,,, iaitu CINCIN..
Hari tu, 29 Disember 2010, seperti biasa..sekolah belum lae bermula. n Dya seperti biasa melakukan aktiviti harian di rumah. tapi hari ini lain.. ada temujanji perlu diselesaikan (cewahhh....)
So . seperti yang dijanji, En Gembira tiba di rumah Dya jam 11.00 pagi, sian dia..muka keletihan, Kene bangun pagi walaupun cuti seminggu, naik bus, terus ke Melaka. Penat2 pon, senyuman nya,,,cahaya kegembiraannya dipancarkan( berkilat2...hehehe)
So destinasi pertama ....Misi mencari cincin..En Gembira memandu dengan penuh hemahnya..kereta Myvi adiknya ke Dataran Pahlawan. Jangkaan di situ banyak kedai emas..so boleh la kiteorang survey,..kot2 ada yang berkenan di hati.. Destinasi pertama ..MACDONALDS...hahahhaah..jauh dari sasaran..apa2 pun kene isi perut dulu, terutama En Gembira yang sudah semestinya dia kelaparan.
Menu, Prosporoti bege..time tu kan nak sambut Chinese New Year.. so everytime Chinese New Year.. tulah menu yang senantiasa dinantikan..dengan lahapnyaa.. En Gembira makan..takde pandang kiri kanan..kalaulah time tu ada perasaan nakal nak membulinya, dah mik gambo dia tgh makan..sian dia..hehehehe.
Dah isi perut, terus g survey cincin.. erm..takde yang menarik,. diteruskan perjalanan,,,sekeliling MP(MAHKOTA PARADE) di jelajahi..langsung tak berkenaan..

Dya: Awak..cerewet ke saya ni???
En Gembira: A'AH....TERSANGAT CEREWET...hehehehe...takda la awak.kite cari je la sama2..takpe..benda ni pon nak pakai lama..awak kan nak pakai..bukannya orang lain

Aduhai.....kan dah kene..Actually,...dya sememangnya bukan yang suka memakai barang kemas..dulu,, main liat lae Mama dya suruh pakai rantai emas(tpi sekarang dah pakai dah).rantai tu Ayah dya beli masa form 4 .masih lae cantik dan sesuai di pakai.Agaknya sebab tu kot..dya sussah nak memilih emas. n Dya pon tak tahu camne bentuk emas yang elok. Tapi bestnya..En Gembira siap dah survey dahulu jenis2 emas yang elok...pandainyaaa dia...sampai dya pon segan..apalaa..orang laki lebih mahir emas dari dya..uhuhuhuhu
Mission failed kat MP..so pastu dya suggest kat En Gembira..kite g JJ baru la...n En Gembira pon follow up jerk
Dalam 3.00 petang..sampai ke Jaya Jusco kat Melaka..bersebelahan dengan Tesco. pas parking kete..terus meneruskan misi kiteorang berdua..MENCARI CINCIN..huhuhu
n terus pegi kat Ground Floor..kat situ banyak gak kedai emas..POH KONG laa..TOMEI la...n ntah hape lae..tak ingat..
so masuk kat POH KONG...tengok2..ermm..ada yang lawa...n terus g try2..tgk2 lama2 berkenan lak.. n terus la memilih...
time tgh pilih, En Gembira minta izin ke toilet..n Dya bersama pekerja kedai emas tu..
lepas survey punye survey..AKHIRNYA..ketemu juga apa yang diidamkan..cincin yang dicari...time pekerja tu g setel tok bayaran.....

En Gembira: Awak...ni dah beli cincin..sekarang ni saya nak lamar awak..ok tak???

Dya...apa diaa?????

Dup dap dup dap..time tu ALLAH SWT sahaja yang tahu...masa tu memang tak ler pandang dia..gembira n hepi tak terkata2..
TERIMA KASIH SAYANG....saya suka sangat..tapi sian awak..banyak2 nyusahkan awak...sampai segan saya...huhuhuhu...
Kebetulan time tu POH KONG wat diskaun..beli lebih 300..dapt voucher..
so dari voucher tu..En Gembira kata nak cari satu lae cincin belah rotan.. time tu takde lak yang kenan sebab nak g survey POH KONG kat JJ Ayer Keroh lak..
so destinasi diteruskan ke JJ Ayer Keroh..kat situ..terus g kat Kedai PohKong...
time ni..mintak En Gembira yang pilih..sebab cincin kat JJ Melaka tadi dya yang pilih.. n ternyata pilihan dia sangat cantik dan menarik..sangat2 BERTERIMA KASIH padanya..

Masa tetap mencemburui kita..hari pon makin gelap. n En Gembira lak kene balik KL time tu.
Hari ini sangat hepy..walaupun rasa sangat rushing sebab mencari cincin.,.pada En Gembira..terima kasih sekali lae...apa2 Dya minta maaf sebab susahkan En Gembira hari tu..
n lepas dia hantar dya balik rumah,,n lihat dia balik..dya berdoa pada ALLAH SWT semoga memudahkan segala urusan dya dgn dia. Tinggal lae beberapa hari jerk lae untuk ke FASA SETERUSNYA......dan....ceritanya.....pon

Bermula.....

Friday, April 8, 2011

Kenapa Pertunangan perlu dirahsiakan




Sebenarnya, pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah. Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.


Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)



Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri.Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran.Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang bertanggungjawab, beramanah serta rajin beribadah.Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga.


Dalam tempoh bertunang ini adalah disarankan, pasangan bertunang supaya mencari ilmu rumah tangga, kewangan dan pengurusan rumah tangga, kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinanIkatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat. Malah, bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati. Dari Jabir bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu melamar perempuan, jika ia bisa memandang bahagian tubuhnya yang menarik untuk dinikahi, hendaknya ia lakukan." Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan perawi-perawi yang dapat dipercaya. Hadits shahih menurut Hakim.Bermakna,sekadar lihat muka dan tangan,hati telah terdetik untuk menikahi, maka lamarlah dia untuk dijadikan isteri. Harus melihat bakal suami dan isteri malah disunatkan melihat berulang-ulang kali.Hal ini supaya mereka berpuas hati dengan pilihan yang dibuat dan untuk mengelakkan sebarang penipuan.Anggota yang sunat dilihat ialah muka dan tapak tangan.Muka melambangkan kecantikan.Tangan menunjukkan kesuburan.Perhubungan orang yang bertunang masih dikira sebagai hukum ajnabi(orang asing).

Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan, seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis.Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia, berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin.Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat." Riwayat Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.

Selanjutnyaa sila layari
http://bhalaqah.blogspot.com/2010/11/kenapa-pertunangan-perlu-dirahsiakan.html#links

Ceritanyaa.....PART 10




Tepat jam 5.50 pagi......

Boys call you sexy (What's up, sexy)
And you don't care what they say
See, everytime you turn around
They scream your name
(Alarm HP C7 dya berkumandang )

fuh....terjaga Dya dari lena....hari ini, 3 Januari 2011..mulalah sesi persekolahan 2011..n Cikgu pon kene bangun awal gak..BERSEMANGAT...hari pertama sekolah..uhuhuh..tapi awal2 pagi dah ngantuk...ALANGKAH INDAHNYAAA HARI INI ADALAH SEMALAM..ler bangun lewat..(lewat pon tak lewat sangat..paling lewat pon kol 6.59am..huhuhuh)
So dah ready semua...stat kete BLM , n pandu dengan hemahnyaaa ke sekolah dya .dah tua pon still ke sekolah..orang bersemangat laa katakan.
Sesi persekolahan berjalan seperti biasa..Dya tengok muka anak2 murid dya yang dah sebulan lebih bercuti. n paling tak sangka..dah besar n segak n cun rupanya anak murid dya yang dya ajar masa Form 1.. semuanya melemparkan senyuman yang AMATTTT MANIS.. n seperti biasa...usikan, gurauan dya kepada anak murid tak pernah lekang dari bibir dya.. terutama pada murid FORM 3. dari form 1 dya ajar..tak sangka..dah FORM 3 n nak PMR this year.n op coz dya rindukan budak Form 5 dya tahun lepas.. gurauan usikan...sentiasa. terutama pada murid RC dya..sangat2 rindukan diaorang.


Minggu pertama persekolahan berjalan seperti biasa. n seperti biasa, Dya melihat takwim sekolah..
OOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG
sabtu ni sekolah..halamak cam mana ni..
dalam seminggu persekolahan ni jugak..berpikir..apa harus dya lakukan...boleh katakan tak tenteram hati ni...tanya Mama, tanya ayah, tanya adik..tanya along, tanya alang, tanya angah., tanya kak ngah...huhuhuhuhuhu...sampai eman n Dak kakak pon dya tanya......
menung..terus termenung..memikirkan..apakah jalan yang boleh dya lakukan untuk atasi masalah ini... dan dari situlah.....

Ceritnyaaa bermulaaa.............................

Tuesday, April 5, 2011

Ceritanyaa.....PART 9

Dup Dap Dup Dap......Tahun Baru 2011 pun bermula....dan bermulalah sebuah episod baru. Tahun 2010 telah meninggalkan seribu satu cerita dan ianya hanyalah menjadi kenangan. Seperti kata Imam Al Ghazali kepada anak muridnya, ' Apakah yang paling jauh dengan kita', jawapannya ialah Masa Lalu.

Malm tu, seperti biasa, semua orang menyambut akan kehadiran Tahun Baru. Keluarga dya. keluar pintu rumah jerk, orang dah pasang bunga api. Bukan main seronok lagi dak kakak n dak eman tgk bunga api. Tepat Jam 12.00 pagi, dum dam dum dam..bunga api memenuhi cahaya di waktu malam gelap, walaupun sedikit cahaya dari Cahaya bulan...

Dhiya: En Gembira...selamat tahun baru 2011..awak sambut kat mana tu
En Gembira: sian kat saya..sambut atas katil jerk ni..letih keje
Dhiya: awak nak tgk bunga api tak?saya baru jerk tgk...
En Gembira: dah..tgk kat tv..pepon awak..selamat tahun baru n selamat BERTUNANG..uhuhuh
Dhiya: halamak aiii..

Selamat Bertunang???????

Alhamdulillah...selepas En Gembira jumpa dengan ayah dya... semuanya telah diaturkan. ikutkan, tahun baru ini. awal tahun bagi peristiwa paling manis bagi dya n En Gembira..tapi atas sebab2 yang tak boleh dielakkan, maka tarikh dipinda ke 08 JANUARI 2011...fuh....dari malam tahun baru counting..tarikh tu , maka bermulalah langkah seterusnya antara Dya n dia..setiap malam risau fikirkan..macam2 nak wat..apatah lae sesi persekolahan tahun 2011 bakal bermula n paling best dya dapat Form Teacher....Form 1 lak tuh..n semestinya banyak keje kene wat...yelah budak baru kan..banyak benda baru nak kene handle...
malam tahun baru tu...walaupun risau memikirkan 8 Januari 2011.......walau apa pun yang akan berlaku n terjadi...dalam tempoh seminggu tu......ianya mesti diteruskan.......maka...dengan perlahan-lahan...mata ditutup rapi.....tidorr..hehehhe...boleh pulak erk..risau satu benda hantaran tak siap lae..tidur mesti diutamakan..nak wat camtu..tulah HOBI peberet dya..hehe..
n walaupun mata telah menutupi....n ceritanya....bakal

bermulaaa......

Saturday, April 2, 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,